RSS

KENALI PKG

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawapkan kepada kami untuk:
1 menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2 menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
3 memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
4 membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
5 memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikandari semasa ke semasa.
memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

FUNGSI PKG :

UNIT KHIDMAT BANTU PENGISIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN MEDIA

Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.

Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.

Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.

Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.

Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.

Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.

Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.

Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.

UNIT KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERALATAN ICT

Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.

Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem di sekolah .

Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.

Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.

Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.

Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.

Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat.

Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.

Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.

Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.

Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

KEPAKARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Memberi pendedahan kepada guru tentang teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran & pembelajaran menjurus ke arah konsep sekolah BESTARI.

 

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Memberi khidmat nasihat untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah merangkumi aspek-aspek fizikal, pengurusan, pentadbiran, program NILAM, program galakan membaca, dan aktiviti PSS sehingga mencapai tahap PSS cemerlang.

 

RAKAMAN & SUNTINGAN VIDEO

Membantu dan melatih guru-guru dalam proses suntingan video dalam P & P.

 

MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA

Merancang / mengendalikan / menguruskan kursus & bengkel serta program-program khas yang diperlukan oleh guru.

 

PENGEDARAN & RAKAM SALIN CDRI

Menjadi pusat pengedaran CDRI terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia ke sekolah-sekolah ahli.

 

MENGURUSKAN PENGGUNAAN PERALATAN TEKNOLOGI BTP

Antara peralatan yang terdapat di PKG ialah: Peralatan ICT, PA Sistem, Mesin Riso, Alat Rakaman.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: